Archive for November, 2008

waaa~~ tak reti nak edit..

isk3..sedih je tgk post bwh ni..

gmbr yg masukkan jd double triple…

pening2..

takpela..

bg visitor..jgn pening2 gak ok??

hihihihi~~

Add comment November 26, 2008

my birthday…

2 hari lepas…

24 november 2008..

happy birthday to me…hihihi~~

genaplah usiaku ke-22..

waa~~ diriku makin tua..

ummi..abah..–> syukran jazilan..thanks a lot..terima kasih sgt2..arigato gozaimasu..gamsahamnida… (coz dah bersusah payah selama ni mengasuh,mendidik dan mebesarkan kakak smp kakak jd besar pjg cmni..sayang abah n ummi!!)

then,celebrate..meraikan tanda kesyukuranku masih lagi dipanjangkan umur olehNya utk hidup sehingga kini..

hepi sgt..makan2 di texas chicken..ok la,not bad taste..esp bucchano soup,really yummy…ramai2 yg membuatkan meriah and happening even sometimes kami ‘menggila’..hehehe..

gumbira tak terkata ble..ada yg siap call utk nyanyikan lagu besdey..waa~~ terharu..

then,msg2 besdey berlambak n berderu2 masuk memenuhi inbox hpku..

hepi tu memangla hepi,tapi ble dikenang semula..diri ni semakin tua,akan mengalami proses degenerasi (medic term for proses penuaan)..umur semakin bertambah..tapi,adakah amalan diriku bertambah??

 semakin banyak beban dan amanah yang ku pikul..

semakin besar tanggungjawab yg perlu ku sandang..

insaflah wahai diri yg terlena dan terleka…

2 comments November 26, 2008

rubic cube.. (^o^)/

 

rubic cube

dis is a rubis cube..satu game yg mmg menguji ketahanan jiwa dan kekreatifan mental..huhu~~

kat umah ni ada satu rubic cube..tapi,actually lem yg punye..sol dah pinjam lama dh..yela,suke cabaran la katakan..tapi,dh berzaman2,tak siap2 gak..isk3,sedih btul la..dah la smp nak lunyai cube ni jadinye..sori lem,sol belikan yg len ek utk lem..(^o^)

still konpius..camne la ada org bleh siapkan rubic cube nih?? ada taktik ke ek?? klo stakat satu bagian tu,blh lagi nak wat..2 pun blh la..3 kadang2 ble nasib..then,xleh dah..gerak sket,kaco abis yg dh siap..waaa~~

p/s: teringat cte ‘pursuit of happines’..will smith blh siapkan cube ni kjap je dlm taxi..woooo~~ kagum2..hehehe…

4 comments November 24, 2008

tazkeera+sandwiches+biscuits+relaxing

huhuhu..ni prog kami last week..actually xmo masukkan ke sni..tapi atas permintaan beberapa pihak,so masukkan je la..anda puas??saya gembira..hihi~~

alhamdulillah..persantaian alias relaxing kami berjalan..awalnye risau gak ujan yang tak menentu..tapi,segala yang terbaik telah ditetapkanNya selagi niat kita baik..insyaAllah..

bertempat cuma di taman imam bonjol..sape yang sangka kami telah menjejakkan kaki dan bersantai dan picnic usrah di situ..so funny but itulah pengalaman..selama ni just tgk dr dlm angkot je,hari tu dpt gak menggerakkan hati merasai nikmat Sang pencipta di situ..

em..tempatnye biasa je..maybe coz kami yang enjoy ourself kat stu mmbuatkan kami sume hepi je dan gumbira..

tambahan tazkeera yang menginsafkan about ketaqwaan…merendahkan diri sebagai hamba yang hina sejenak..menginsafkan diri yang terleka seketika.

thanks sham atas kesediaan bagi tazkeera..

thanks rina, ada, hani sebab dh susah2 watkan sandwiches..

thanks lain2 ( alin,alia,syel,sya,sha2,lina) coz sudi luangkan masa dan buatkan keadaan jd happening..

love u all…ukhuwwah abadan abada…\(^o^)/

Add comment November 22, 2008

sang murabbi

sang murabbi...dapatkan yang original!!

SANG MURABBI (mencari spirit yang hilang..)

 

Sebuah film ringkas dan padat, merupakan suatu lakonan semula kehidupan seorang murabbi (yakni pendidik) yang menghempas pulas,menghabiskan hampir seluruh masa kehidupannya di jalan dakwah.

Mencari spirit yang hilang bereti mencari semangat dan ruh juang yang hilang sekarang di zaman era kemodenan..di mana kita hendak mencari sinar juang tersebut?? Sebenarnya ia berasal dari niat dan hati yang tulus,mulus dan ikhlas..

Ustaz Rahmat Abdullah,seorang tokoh yang tak asing lagi di bumi Indonesia ni..berani berjuang..menggunakan berbagai pendekatan untuk berdampingan dengan org awam dlm memperkenalkan Islam dan keindahan Islam itu secara tak lansung..subhanallah..

Perjuangannya yang ikhlas..setiap tutur katanya yang jujur..bleh membawa teladan kepada kita..dlm mengenali taktik dan jurus dalam medan dakwah ni.. medan dakwah yang tak lepas dari rintangan dan cubaan yang mendatang..

Film ini memberi kita inspirasi untuk bangkit semangat..bangunkan diri dari jiwa yang futur..kejutkan kita dari kehanyutan arus dunia yang membawa dan mengheret kita ke tepian yang hampar..

Tontonilah film ini..semoga kita bersama2 dapat semangat dan mencelup inspirasi dari insan ini…Dapatkan yang original..(^o^)/  (bak kata penerbit à akankah dakwah ini ke depan dibangun dengan cara yang benar?jika menghalalkan pembajakan @ cetak rompak dengan mengataskan nama amal soleh? Sesungguhnya tujuan baik, harus dibangun dengan cara yang baik pula)..

 

”Seonggok kemanusiaan terkapar,

Siapa yang mengaku bertanggungjawab?

Bila semua menghindar, biarlah saya yang menanggungnya

Semua atau sebagiannya….”

            (Ustaz Rahmat Abdullah)

Add comment November 22, 2008

from my frens..but really touching!!

ni sebenarnya juz copy n paste dr ex-schoolmateku..tapi,really touching..so,terasa diri ni nak share dgn others..

insan asing..namun hati suci..=)

ORANG KATA..ATUK KATA..AKU RASA…

ORANG KATA..

enjoy sementara muda,

hidup panjang lagi,

dah tua nanti tobatlah.

 

ATUK KATA..

orang muda hidup memang baru bermula,

tapi belum tentu masih panjang lagi,

entah esok lusa Izrail datang menjemput.

 

AKU RASA..

betul jugak tu..

 

ORANG KATA..

exams tu susah,

kena banyak sacrifice,

constant study..

past year papers..etc..etc..etc..

 

ATUK KATA..

exams tu senang aje,

dah ada tarikh untuk diuji,

dah ada syllabus untuk diikut,

kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,

byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide..

 

AKU RASA..

betul jugak tu..

 

ORANG KATA..

have fun on your birthday,

panggil kekawan and sedara mara,

berpartylah sepanjang malam,

make it a memorable one!!

 

ATUK KATA..

setiap hari jadi,

kita semakin hampir,

hampir setahun dengan kematian,

setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

 

AKU RASA..

betul jugak tu..

 

ORANG KATA..

kerja mesti sungguh-sungguh,

beli rumah besar,

kereta mewah, makan lazat..

baru hati puas!

 

ATUK KATA..

ye ke hati dah puas??

dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?

dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?

dah cukup zikir untuk santapan rohani?

dah cukup amal nak ’book’ tempat Al-Firdaus?

 

AKU RASA..

betul jugak tu..

 

ORANG KATA..

successful people have a good time management,

ada bisnes di kl, new york, tokyo..

masih sempat berkempen utk pilihanraya,

masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,

masih sempat pasang perempuan 2-3,

baru orang boleh respect!

 

ATUK KATA..

setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,

tapi.. ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?

ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?

ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

Add comment November 21, 2008

i’m back…

         Syukurku dipanjatkan ke hadratNya kerana dh memberiku kekuatan utk truskan tulis blog ni..dh berbulan2 diri ni tak tulis blog..bnyk kendala,hambatan dan halangan..sibuk je memanjang..alhamdulillah,hari ni ada kekosongan…

 sedih dengan ujian??

            Ujian..dugaan..hambatan..kendala…bila terlintas kata2 ni,tidak terasa seksanya..namun bila sudah tertimpa atau perlu dipikul beban ujian itu,terasa sangat berat.. Sebenarnya yang terasa oleh kita bukanlah seksaan,namun kita yg tersalah menginterprestasikannya..Ujian hanyalah menguji kesanggupan kita untuk bersabar..

           

            Allah menguji hamba2Nya setiap masa..secara kita sedar atau tidak..selalu kita sinonimkan ujian dengan sesuatu yang tidak menyenangkan kita..sesuatu yang membuatkan kita tak selesa malah membuat kita rasa sempit dada..namun,pernahkan kita berfikir bahawa nikmat2 yang menggembirakan dan enjoy tu sebagai suatu ujian??

Bila kita kesusahan,kesempitan..kurang duit belanja..gagal exam..tu baru terasa ujian.. Namun bila kita berjaya dan peroleh kesenangan dan kebahagiaan,kita semua sering terleka..apakah kita menyadarinya?? Tergantung keimanan kita..

 

            Kenapa Allah menguji kita?? Soalan yang unik sebenarnya..namun,inilah hakikat..

Kita tidak diciptakan di dunia ini hanya untuk bermain2 atau bersenda gurau..tapi,ada tujuannya…

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

(Surah Al-Ankabut : 2-3)

ya…tujuannya utk menguji tahap keimanan kita..setakat mana tingginya..adakah cuma sekadar di mulut tidak di hati??

Kita sering bermain2 di minda bila mendapat ujian..kenapa aku?? Anda seolah2 kesal.. tetapi cubalah anda sentiasa berfikir positif..Allah memilih kamu kerana Allah masih menyayangimu..cubalah terasa seolah2 parents menghukum atau menasihat si anak kerana membuat kesalahan,tu tandanya parents tersebut masih menyayangi anaknya dan masih mengambil berat terhadapnya..

 

            Terkadang kita bertanya juga..kenapa ujian seberat ini??…aku tak mampu!!

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Surah Al-Baqarah : 286)

Allah hanya akan membani hambanya sesuai kemampuannya..jelas..walaupun kita terasa berat,tapi Allah tahu tahap kemampuan kita,yg mn kita sendiri tidak menyedari..kita hanya meminjam badan kita secara sementara..tapi Allah merupakan pemilik badan kita yg haq..dan ingatlah,kamu jangan berputus harapan dan patah hati dlm menghadapi dugaan ni..dan terimalah dan harungilah dengan penuh kesabaran dan hati terbuka..

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

(Surah Yusuf : 12)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(surah al-imran: 200)

Add comment November 21, 2008


tangan yg penuh hajat..

dis way..

jalan ini.. "jalan menuju syurga dihampari dengnan berbagai makar (yang dibenci)..dan jalan menuju neraka dihampari dengan syahwat (keindahan yang melenakan)" (hadis riwayat bukhari) maka,sedarlah wahai insan.. bangkitlah dan pilihlah jalan yang benar!

meniti detik, minit dan jam..

menguatkan hajat tangan yang berhasrat mengekspresikan hajat hati dalam menegakkan kebenaran..

my japanese name..

i love islam!

 

November 2008
S M T W T F S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

today..

word of dis month..

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (al-ahqaaf:13)

keep thinking and revise ourself..

"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini."

sharing is caring is loving..

archives..

Recent Posts

Categories

Category Cloud

1 Allah is Almighty.. curhat ingin menulis.. islamic women.. islam is my way life in padang medic muhasabah diri say NO to ISRAEL

Recent Comments

fatihah on alhamdulillah selamat even ter…
abe big on alhamdulillah selamat even ter…
saiful on alhamdulillah selamat even ter…
onesoliha on alhamdulillah selamat even ter…
TiQa on alhamdulillah selamat even ter…

islamic link

sifu..

sisters...

tarbiyyah..

Meta

Blog Stats