Posts filed under 'islam is my way'
tafakur alam..

baru2 ni jalan2 pangkor ngan ummi yg dicintai..:P
joinla aktiviti snorkelling nih..
(even tak pandai berenang, mujurlah ade safety jacket tuh..hihih)
snorkelling..
menyelam sket2 jela..heheh..
coz menyelam namanya diving kan?hihi..
dari selaman tuh..
hati ini sangat takjub..
terpegun..
terpesona..
terkesima..
dengan ciptaan Allah..





sungguh cantik..
banyak lagi ciptaanNya yang blum kita lihat..
belum kita terokai..
belum kita kenali..
ikan2 yang berwarna warni pelbagai saiz..
hidupan laut yang berbagai rupa..
batu karang penyeri dasar..
tu belum ditambah dgn di permukaan..
pelbagai gelagat manusia..
yg asyik menyelam..
yg asyik berenang..
yg asyik memberi makan..
yg asyik hanya memerhati dr kejauhan..
semuanya diciptakanNya..
dengan satu tujuan..
sbg bukti kebesaranNya..
supaya kita sedar kehebatan Pencipta..
supaya kita tunduk dan rendah diri..
serta menghambakan diri padaNya..
sentiasalah bertafakur dengan alam..
sesungguhnya ‘ayat2′ Allah ada di mana2..
di sini nk menyempatkan diri..
untuk menyelit sedikit dari pengisian yg didapat br2 ni..
ttg penghayatan thdp ciptaan Allah..
Allah telah ciptaan semuanya hebat..detail..
dan semua ciptaan itu bukannya untuk sia2..
tapi,untuk kita berfikir tujuan penciptaan..
dan akhirnya meningkatkan keimanan kita..
kekaguman bukanlah sekadar di mulut..
tapi perlulah dizahirkan dgn perbuatan..
jika kita ambil satu contoh..
ade seorg prof ni cipta satu jenis laptop baru..
cantik..hebat..
kagum kite smp ternganga kita dibuatnye ble tgk..
mesti kite sibuk nk tau pe functionnye..
siapa la nama prof or company yg hebat wat tuh..
takkanla utk display dan ltk kat muzium je kan?
mestila utk dimanfaatkan kan?
so,berbalik kpd realiti ciptaan Allah..
Allah menciptakan utk kita berfikir apa fungsinya..
kehebatan ciptaan..dalam keunikan, mengagumkan..
supaya kita mengenali Pencipta..
bersyukur dgn kurniaan..
rasa diri hanyalah sekecil2 hamba, namun dicipta dgn sempurna..
subhanallah..
Maha Suci Allah..
Add comment June 10, 2009
usul 20
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.
Add comment April 17, 2009
monolog buat duat..

Berbesar hatilah wahai para penyeru TAUHID
Berbahagialah duhai para perindu SYAHID
Berteguh AZZAM-lah wahai kalian semua di jalan ini…
Jalan kebenaran yang indah lagi menawan hati…
Jalan Allah yang diberkati…
Wahai para du`at muwahidin sekalian…
Wahai para mujahidin pembela kebenaran…
Wahai para mustadh’afin yang Allah sayangi…
Wahai para yatim yang ditinggalkan…
Wahai para isteri yang akhirnya ditinggal sendirian…
Wahai kalian semuanya yang Allah redhai dan cintai…
Sesungguhnya..
Onak dan duri adalah hiasan yang harus dilewati
Fitnah dan caci adalah makanan yang selalu tersaji
Siksa, peluru dan kematian adalah harga yang harus dibeli
Tetapi…
Ingatlah janji Allah itu pasti ..
Kalian adalah hamba-hamba pilihan, diantara hamba-hamba sekalian
Permata, mutiara dan kasturi…yang berkilauan mewangi
Penghias syurga diantara burung-burung hijau yang bertebaran
Titisan darahmu adalah pengharum syurga yang abadi
Baju kesatriamu perisai dari ganasnya api neraka jahanam
Keikhlasanmu dalam beramal..
Kepayahanmu dalam beri`dad…
Keletihanmu dalam beribath…
Keberanianmu dalam berjihad…
Keteguhanmu dalam berda`wah…
Sabar, Qona`ah, Zuhud dan Syukurmu dalam hidup…
Adalah timbangan amal yang tetap dihadapan Allah Rabbul Izzah…
Ya, Allah ya Rabb…ya Malikul Kudus…
Jadikanlah ini nyata adanya…
Bagi mereka di bumi jihad…dan bagi mereka yang menunggu-nunggu
Wahai anak Timur dan Barat
Wahai anak Utara dan Selatan
Wahai anak segala penjuru bumi..
Bangun, bangkitlah hari ini tiada lagi tidur nyenyak
Tiada lagi berlena-lena dan bermalas-malas
Gulunglah nafsu tidurmu dan lipat selimut kemalasanmu…
Olah ketangkasan jasadmu dengan i`dad
Asah ketajaman mata hati dan fikirmu dengan zikrullah
Perkaya ilmumu dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah
Buka matamu sekalian lihatlah tanah-tanah ISLAM kini
Dihancurkan, dinodai, diratakan…thoghut kezaliman..
Nun jauh disana di bumi Checnya, Afganistan, Irak, Palestina, Kasmir, Moro, Patani, Rohingya, Xinjiang, Somalia, dan juga di sini Malaysia
Bangun bangkitlah kalian wahai syababum Muhammad….
Bangun bangkitlah kalian wahai syababut Tauhid….
Bangun bangkitlah kalian semua….
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…!!!
Yaa ayyuhal mujahidun, Asy-syiddatasy syiddah..!!
JANGAN BIARKAN AGAMA INI DICEMARI SELAGI JANTUNG MASIH BERDENYUT..!
from : http://mutiarabernilai.wordpress.com
Add comment March 14, 2009
aurat + hijab = menutup aurat…
salam..
ha..ni sol paste dr salah satu yahoo group sol..
sgt menarik, so tu yg nak sgt dikongsi..

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, mll Rasul dan Malaikat.Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.
p/s:
- mmg agak tajam kata2nya..bagi yang terkena, maafla, tapi banyak betulnye..kebenaran kita takleh nafikan dan perlu ditegakkan..
- skrg,cube fikirkan dan renung2kan,ada tak salah dalam cara kita berpakaian..adakah sudah cukup menutup aurat?
- so,bersama2lah kita perbaiki menutup aurat kita..semoga kita benar2 mjd muslimah sejati..ameen ya rabbal alamin..
1 comment February 26, 2009
sayonara ‘jahiliyyah’

(again..digunakan lagi word sayonara..huuu~~)
first time baca bg yg belum prnh dgr..
mesti rasa agak shock kan?
why jahiliyyah??
jahiliyyah ke daku ni??
bunyi cam ‘zaman jahiliyyah pnduduk mekah b4 kedatangan Nabi’ lak kan?
huhu~~ dat’s funny with a bit of scary..
no..
bukan camtu maksudnye..
jahiliyyah itu adalah kejahilan..
kejahilan yg ada pada diri kita..
apa yg dimaksudkan dengan kejahilan lak?
kejahilan itu dlm erti mudah adalah kita meletakkan sesuatu dalam idup kita bukan keranaNya..
pelik kan?
kita akui mana ada kita camtu..
kita hidup sebagai muslim keranaNya..
tak mungkinlah..
tapi,
mari kita renungkan sejenak..
adakah 100% perbuatan kita di dunia ni hanya utkNya?
hanya utk mendapat keredhaanNya?
adakah anda rasa 100% perbuatan anda Allah akan redhai?
adakah anda rasa 100% kelakuan anda mendekatkan diri kepadanya?
adakah anda rasa 100% gerak geri kita akan dikira ibadah?
atau anda hanyalah meletakkan ibadah hanya di solat, puasa, zakat, haji??
hanya di ketika itu hanya br anda teringat akanNya?
adakah kita lupa..
bahawa setiap masa kita..
setiap kerdipan mata kita..
setiap hembusan nafas kita..
setiap detak jantung kita..
semua akan dicatat oleh malaikat amalannya..
akan dihisab amalan itu..
dan akan ditanya..”apa yg tlh kita lakukan utkNya?”
adakah dengan kita menjawab..
masaku..
ku habiskan dengan…
menonton rancangan tv yg lagha..
marathon dorama2 korea..
melayan lagu2 jiwang maupun rock metal..
me’window shopping’kan diri di mall berjam2..
membelek majalah2 hiburan..
kita mendahulukan kesenangan dunia dan ‘kesantaian’ hidup..
ohhh…sungguh duniawi manusia!!
marilah kita muhasabah semula diri kita…
kita sama2 renungkan kembali apa yg telah kita lakukan selama ni..
kita sama2 beristighfar..
kita sama2 bertaubat atas apa yg kita lakukan..
ketepikan duniawi kita..
bukan dengan kata ‘buang dunia’ dari hidup..
tapi…
biarlah kita hidup dengan dunia fully keranaNya..
biarlah kita melakukan kesemua amalan dunia menjadi ibadah..
biarlah semua yg kita lakukan hanya utk mendapat keredhaanNya..
- anda nak menonton tv?
silakan..dengan niat apa yg kita tonton tu dapat mengingatkan kita kepadaNya..
- anda nak shopping?
blh sgt,silakan..dengan niat apa yg kita shoppingkan tu tak salah di sisi syari’e dan kita tak leka dan lengah2..
- anda nak berborak?
silakan..dengan niat utk mendekatkan diri kita dan kawan sembangan kita tu kepadaNya..
- anda nak baca majalah?
silakan,tapi pilihlah majalah yg isi kandungannya ada yg blh mmbuatkan kita tidak terlepas niat keranaNya..
p/s : ini adalah peringatan kepada semua pembaca termasuk diri ni juga.. ya Allah, tuntunilah hatiku dan diriku agar sentiasa mengingatiMu dan jauhilah diri ini dari perkara maksiat dan lagha..sesungghnya hambaMu ni sangat mengharapkan keredhaanMu dan mendambakan syurgaMu..
Add comment February 14, 2009
anda suka menunda??

tabiat kita..
daku sendiri akui..
kita suka MENUNDA2…
“takpela,kne submit work tu next week kan?weekend nih blh wat lagi”
“nantila wat tutorial, arini br ari sabtu..esok ada..”
“biar jela..hari ni nak rehat2 dan santai2 dulu..nntla baru belajar”
dengan semua alasan..
kita menyampingkan dulu tugas adan amanah kita..
belajar..
tu tanggungjawab bagi insan bernama pelajar..
takde dah alasan menunda..
amanah yg diberi kepada kita..
dariNya..utk menjadi hambaNya yg sentiasa berusaha..
dari parents kita…supaya kita menjadi org yg cemerlang dan berguna kelak..
dari diri sendiri..agar kita dapat berdiri atas kaki sendiri dan dapat menjalani hidup ni dengan lebih mudah..
dari dakwah..supaya kita menguasai ‘alat’ yg memudahkn kita mengembangkan dakwah..
kenapa malas sgt nak belajar?
kenapa klo tgk tv tu rasa relaks je?
ya..itulah kita..
kita dah salah ’set’kan minda kita..
sehingga otak kita dah salah mengintepresasikan..
yg akhirnya menganggap belajar itu suatu bebanan..
tapi..klo kita ’set up’ fikiran kita ‘belajar itu enjoy’..
pasti kita rasa lebih mudah..
enjoy ur study..
betulkan niat belajar kita…
set ur goal..
persiapkan diri dan minda..
disiplinkan diri..
focus..focus and focus..
insyaAllah..semuanya akan senang..
p/s : good luck kepada kawan2.. semoga kita berhasil dan berjaya go thru exam skills lab n remedial exam kita..
amin ya rabbal ‘alamin..
Add comment February 14, 2009




