Malas….????

Posted: March 1, 2009 in 1

Malas..???

l.a.z.y

Tatkala diri futhur..
rasa down..
mula lah pada diri memikirkan beribu alasan utk mengelakkan diri..
timbullah keraguan akan keberhasilan dakwah dan kemenangan Islam yang diimpikan..
mula memikirkan kemampuan diri dan mula membataskannya..
mula membandingkan pengorbanan dengan apa yang didapat..
malah..sehingga sanggup melepaskan tanggungjawab dakwah,dengan alasan sudah ramai yang mampu dan blh lakukan..

astaghfirullah al-‘azhim..
di manakah letak keikhlasan kita?
di manakah letak keimanan kita?
adakah kita meragui janji2Nya?

sedih..pilu…
bila melihat ada yang sudah tidak bermaya maju melangkah..
bila melihat ada yang statik di jalan dakwah ni.
bila melihat ada yang mula mengundurkan diri..
bila melihat ada yang melangkah ke belakang walau perlahan..
malah….bila melihat ada yang memalingkan diri dan berhenti dari jalan ini…

kenapa?
adakah kerana rasa tidak sanggup?
adakah rasa tidak bersedia?
adakah hny utk menunggu diri cukup sempurna?
kita takkan sempurna..
jadi, zalimkah kita menyembunyikan ilmu yang kita dapat?
kedekut sgtkah ilmu kita sampai tak nak dikongsi?

benar kata adik juniorku dr bandung, Yana
sepatutnya kita tanamkn dlm diri..”saya tidak kedekut”

direct-to-islam

___________________________________________________________

Mengutip dari buku yang pernah daku baca ( Jalan Dakwah : Al-Ustaz Mustafa Masyhur:

Tabiat Jalan Dakwah

“Aliif Laam Miim. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji. Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka.
Lantaran itu Allah mesti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta”. Al-Ankabut: 1-3

Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang.
Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata.

Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan.
Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya.

Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijah serta hasilnya ketika anda masih hidup. Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya.
Sesungguhnya apa yang akan ditemui oleh para duat di jalan Allah adalah gangguan dan tekanan dari golongan taghut dan musuh-musuh Allah yang mahu menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka atau menghalang mereka dari berdakwah.

Itu adalah lumrah yang telah berlaku berulang kali di zaman ini. Semuanya didorong oleh rasa takut golongan taghut. Mereka takut kuasa mereka yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang hak bangun dan tegak untuk menghapuskan kebatilan.

“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.”Al-Anbiyaa’: 18

Bagi menghalakan terkaman dan cengkaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-hak dan para pendokong dakwah, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka pelbagai tuduhan yang paling keji dan dusta itu kemudianya dilemparkan kepada para pendokong dakwah. Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendokong dakwah adalah musuh negara dan musuh orang ramai supaya orang ramai bangun menentang mereka seperti apa yang dilakukan oleh Firaun dan para
pembesarnya terhadap Nabi Musa.
“Dan berkatalah Firaun (kepada pembesar-pembesarnya): Biarlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau
menimbulkan kerosakan dimuka bumi”.Al-Mukmin: 26

Demikianlah sikap Firaun dan pembesar-pembesarnya, sikap pengikut-pengikut Firaun di zaman itu ataupun di zaman ini. Nabi Musa dituduh sebagai perosak dan Firaun dianggap sebagai pembela bangsa dan memelihara kepentingannya. Pembesar-pembesar Firaun menghasut Firaun supaya menentang Musa dan kaumnya serta menakut-nakutkan Firaun akan perbuatan Musa. Lalu Firaun menenangkan fikiran mereka dengan menyatakan bahawa dia akan mengawasi Musa:
“Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Firaun (kepada Firaun): Apakah kamu akan membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?.Firaun menjawab : Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, sesungguhnya kita berkuasa penuh ke atas mereka”. Al-A’raaf: 127

Balasan Baik Bagi Orang-orang Yang Bertakwa:

Namun, semua itu tidak melemahkan iman Musa dan kaumnya. Musa mewasiatkan kepada mereka supaya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t. dan menggembirakan mereka serta
menenangkan hati mereka dengan mengingatkan bahawa bumi ini kepunyaan Allah. Dia pasti akan mempusakakannya kepada hamba-hambanya yang bertakwa.
“Musa berkata kepada kaumnya: Mohonlah pertolongan dari Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini
kepunyaan Allah, dipusakakannya kepada sesiapa yang dikhendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan
yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa” AlA’raaf: 128

Jadi jalan dakwah, walau bagaimana pun susahnya, deritanya dan pahit akibatnya, tetapi terjamin hasilnya.

“Kami (Allah) selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman ” Ar-Rum: 17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s