Archive for April, 2009

kuat : menang?

Posted: April 28, 2009 in 1

besi itu kuat,
tetapi api dapat melelehkannya..

api itu kuat,
tetapi air mampu memadamkannya..

air itu kuat,
tetapi matahari bisa mengalahkannya..

matahari itu kuat,
tetapi awan bisa menghalanginya..

awan itu kuat,
tetapi angin mampu memindahkannya..

angin itu kuat,
tetapi manusia mampu menahannya..

manusia itu kuat,
tetapi ketakutan boleh melemahkannya..

ketakutan itu kuat,
tetapi tidur boleh mengatasinya..

tidur itu kuat,
tetapi mati ternyata lebih kuat..

yang terkuat adalah kebaikan,
ia takkan hilang setelah mati..

dan..
yang Maha Kuat itu hanyalah Dia..
Allah, pencipta segala2nya..

Advertisements

helping hand

hidup di sini..
sering dikelilingi oleh peminta sedekah..
ke mana saja, pasti ketemu..
dlm public transport, di pasaraya, di jalanan..

kedengaran rengekan dan rayuan mereka..
ibu lemah yang menggendong bayi yang sakit..
anak2 kecil yang berpakaian compang camping..
pakcik tua dengan ketidaksempurnaan anggota..

malnutrition..undernutrition..kwasyiokor..marasmus..
semuanya terlintas di benakku..
tapi, bila diri ni memasukkan tgn ke saku..
duitku cuma sedikit..cukup2 utk keperluanku..

namun,masih ku teringat..
tatkala dikupaskan ayat2 terakhir dr surah muhammad..
mendalami erti pengorbanan infaq..
membuatkanku terdorong utk memberi..

ya..harta itu milikNya..mutlak 100% milikNya..
apa yg kita risaukan dgn kehilangan harta?
bukn kita punya,tapi hny pinjaman sementara dariNya..

mungkin ada…
harta kita adalah milik org lain,hanya ditipkan pd kita olehNya..
harta kita yang sgt berlebihan,digunakan dgn pembaziran..
harta kita yang disimpan, hanya utk hiasan..
cuma..kita lupa untuk memerhatikannya..

ya..harta itu adalah nikmat..
tapi, nikmat juga boleh dijadikan ujian..
ujian utk mengetahui adakah kita bersyukur..
ujian utk mengetahui adakah kita tahu guna sebaiknya..
ujian utk mengetahui adakah kita sanggup berkongsi..
ujian utk mengetahui adakah kita mudah utk memberi..

p/s :
– ringankanlah tangan utk menghulur..
namun, jauhilah rasa ujub dan riya’ tatkala tangan itu memberi…Emo4You
– semoga kita digolongkan di kalangan hambaNya yang bersyukur..
dan semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki drNya..Emo4You
Ameen ya rabbal ‘alameen…

Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu
.” (surah muhammad : 37-38)

usul 20

Posted: April 17, 2009 in Allah is Almighty.., islam is my way

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

aduhai hati...

Aduhai hati,
alangkah sukar mendidikmu
mengawalmu,dan mensucikanmu…

bilamana engkau sudah menghampiri-NYA,
banyaklah datang segala ujian

setan tak putus asa untuk
mengodamu,
menodaimu,
juga mengotorimu…

bilamana engkau sudah bersih,
setan itu bijak mengatur langkahnya
untuk menyesatkanmu

dilontarkan benih-benih cinta padamu
kemudian disemainya benih itu
lalu bercambahlah cinta itu…

bilamana cinta itu sudah tumbuh,
maka dicampurkannya pula antara kebenaran dan kebatilan
agar engkau hanyut dibawa panahan sebuah cinta

bila engkau mengingati Rabb
dengan menyempurnakan suruhan
dan menjalankan kewajipan seorang islam
maka engkau akan dihanyutkan
dengan dicampurkannya pula kerinduan…

bila kerinduan itu datang,
engkau mudah cenderung kepada jalan-jalan yang salah
itulah kejahilan yang nyata
sebab engkau mengetahui
ianya salah dan dosa
tapi engkau tetap melakukan
demi hanya sebuah cinta…

bilamana engkau sudah dipertengahan jalan hanyut,
maka dengan limpah kurnia dan rahmat yang Maha Penyayang
diseru dan dipanggil mu setiap masa
kembali kepada-NYA seperti dahulu…

untuk memanggilmu kembali,
diturunkan dengan dihujanimu
beribu masalah dan ujian didalam cinta itu
agar celiklah matamu yang telah buta dek cinta
itulah bukti DIA Maha Penyayang diantara yang Menyayangi…

bilamana engkau telah celik,
peliharalah dirimu sebaiknya
kerana engkau terlalu lembut
dan amat mudah untuk terpesong
pada kenikmatan dunia yang hanyalah sebuah fatamorgana
hanya iman yang dapat menyelamatkanmu
mintalah pada-NYA agar ditetapkan iman…

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami seteah Engkau beri petunjuk yang benar dan berilah kami rahmat. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” ( Surah Ali-Imran: 8 )

why??
kenapa??
mengapa??

manusia sering bertanya padaku…

kenapa daku menyibukkan kehidupanku dengan dakwah??

huuuuu~~….
itu sepatutnya soalan yang tak patut dipersoalkan..
kerana itu adalah kewajipan.. (3:110)
bila sudah menjadi suatu kewajipan, maka kita perlu lakukan..
dalam susah ataupun senang..
segalanya dengan niat untuk mendapat keredhaanNya..

kalau kita malas?
itu bererti kita leka..
bererti kita lupa akan suruhanNya..
kita sombong padaNya..

layakkah kita mendambakan syurgaNya..
tapi, tidak beriman kepadaNya??
jujurkah kita mengatakan kita takut akan nerakaNya..
tapi, kita masih lagi lena untuk melakukan perintahNya?? (2:174)

bersihkanlah dirimu..
sucikanlah ibadahmu..
tuluskanlah hatimu…
ikhlaskanlah niatmu…