Archive for September, 2011

Istikharah – seeking guidance in decision making

Posted: September 30, 2011 in Uncategorized

pernah berada dalam dilema??
susah untuk membuat pilihan?
lakukanlah istikharah..

ya, selalu sgt bila disebut istikharah, pasti dikaitkan dengan jodoh..
itu hanya salah satu darinya..
tapi, dlm pilihan lain juga boleh dilakukan..
jom kita selami sedikit erti dan kenapa digalakkan istikharah..

ISTIKHARAH

istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan hanya berdoa atau sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti oleh doa.

contohnya anda nak pilih universiti mana untuk belajar, hospital mana untuk bekerja, nak beli kereta toyota atau honda apabila bekerja, dan lain2.

serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang).

tapi, tiada istikharah dalam melanggar atau menolak perintah Allah, seperti : nak pergi dating atau belajar, nak pakai tudung atau tidak, dan lain2..

GALAKAN ISTIKHARAH

ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunah bukan wajib.

Daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

PETUNJUK ISTIKHARAH MELALUI MIMPI??

petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi,
malah boleh dalam bentuk ketenangan hati.
even setelah beritikharah dan berbincang,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya juga suatu petunjuk.

Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.

Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

Istikharah bukanlah mengharap semata-mata dari mimpi.
Ia juga boleh datang dari “instinct” diri sendiri…
tapi yang paling utama ialah usaha dahulu sebelum beristikharah
masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada hasil istikharah yang datang dari mimpi.
Persepsi sebegini perlu di perbetulkan apatah lagi yang melibatkan sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan masa depan. Sebetulnya, kita yang membuat keputusan dari petunjuk Allah.
Bukan mengharap ALLAH membuat keputusan untuk diri kita.

beristikharahlah..sesungguhnya Allah Maha Menetapkan dan Allah Maha Mengetahui..

sumber : majalah solusi isu#14 dan http://www.saifulislam.com

Faith is more essential than fashion

Posted: September 29, 2011 in Uncategorized

“FAITH IS MORE ESSENTIAL THAN FASHION”

words di atas ni btul2 buatku tersentak dalam ralitku sedang mendengar list nasyid di mp4ku ini..
simple one but sgt deep meaning..
dis is nasyid from Dawud Wharnsby Ali – The Veil.

ye..people especially muslimah nowadays sibuk je dgn fashion..
sekarang tudung @ hijab @ veil tu just jd fashion semata2..
nilai keimanan dan erti ‘kenapa saya harus memakai tudung’ tu hilang..
apatah lagi klo ditanya “awak yakin ke hijab yg awak pakai tu dah mengikuti syariah?”
–> so, lift the veil from your heart to see the heart of purity.

FASHION BONGGOL??

by the way, sekarang ni dh blh dikatakan musim fashion muslimah pakai “fesyel bonggol”.
sanggul cam bonggol unta tu..
hmm..bg yg tak tau, sanggul tu tak boleh dipakai..
dan bagi yg dah tau, mehla kita ingatkn smula.. (reminder, in case u forgot rite?)

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan).
Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.
So, yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai.
Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga.
Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyatakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)
huu..maknanya bau syurga pun tak layak?

hmm.. marilah bersama kita renung2kan diri wahai muslimah..

DAWUD WHARNSBY ALI – THE VEIL

They say, “Oh, poor girl, you’re so beautiful you know
It’s a shame that you cover up your beauty so.”
She just smiles and graciously responds reassuringly,
“This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn’t you agree?

This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.

They tell her, “Girl, don’t you know this is the West and you are free?
You don’t need to be opressed, ashamed of your femininity.”
She just shakes her head and she speaks so assuredly,

“See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles, with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy.”

This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.

* klik ke link ini untuk mendengar dis really beauty nasyeed –> HERE

ikhlas : sincere

Posted: September 24, 2011 in Uncategorized

tergerak tangan ini utk menulis lagi..
hati meronta2 nk berkongsi,hihi…

Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang ukur.
Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadah sebab tak nak riak dgn manusia, kerana tu la tanda kita riak dgn Allah sebenarnya.

dis is my wall post on my fb..
terasa nk tempek la kt sni wiz some stories (from bnyk sumber)..

scenario 1..
si A : awak, dh azan ni..jomla solat.klo cepat2 gerak ni,blh kite ke surau blkg nu wat jemaah..
si B : emm..takpela..awk pegi jela.lgpun, sy x selesa la nk solat kt tmpt ramai org cmtu, plus sy x bw telekung..
si A : la..jomla..dhtu awk nk solat ble? kite abis shift hr ni 3 jam lg, nnt dh nk abis waktu lak..
si B : awk, sy nk solat kt umah je, blh solat sunat skali..klo kt surau tu rs riak je nk solat sunat dan doa pjg2..
smpt jela nnt smp umah tu.dun worry..
si B : hmm,xpela cmtu..sy pegi dlu k?klo ubah fikiran, jomla..
3 jam berlalu..tbe2..
si C : u all..gather kt hall..kita ada case presentation jap lagi..
si A memandang si B. *dalam hati : ‘sempat ke dia nk solat?hmmm…”
si B dengan sikap x endah berlalu dan bergegas ke hall..
haiyaaaa…mana smpt mau solat nnt..

ya..ikhlas tu bukan kita yg ukur..dan riak tu adalah perasaan diri..
if kita betul2 niatkn segala yg kita lakukan tu kerana Allah, 100% lillahi ta’ala, dun worry about the other’s speculations, yg penting Allah pandang kedalaman tahap ikhlas kita tu..
(kdg2 kita je yg lebih2 pikir org akn mengata ttg kita sdgkn org lain x terfikir pun,huuu~~)