Istikharah – seeking guidance in decision making

Posted: September 30, 2011 in Uncategorized

pernah berada dalam dilema??
susah untuk membuat pilihan?
lakukanlah istikharah..

ya, selalu sgt bila disebut istikharah, pasti dikaitkan dengan jodoh..
itu hanya salah satu darinya..
tapi, dlm pilihan lain juga boleh dilakukan..
jom kita selami sedikit erti dan kenapa digalakkan istikharah..

ISTIKHARAH

istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan hanya berdoa atau sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti oleh doa.

contohnya anda nak pilih universiti mana untuk belajar, hospital mana untuk bekerja, nak beli kereta toyota atau honda apabila bekerja, dan lain2.

serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang).

tapi, tiada istikharah dalam melanggar atau menolak perintah Allah, seperti : nak pergi dating atau belajar, nak pakai tudung atau tidak, dan lain2..

GALAKAN ISTIKHARAH

ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunah bukan wajib.

Daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

PETUNJUK ISTIKHARAH MELALUI MIMPI??

petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi,
malah boleh dalam bentuk ketenangan hati.
even setelah beritikharah dan berbincang,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya juga suatu petunjuk.

Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.

Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

Istikharah bukanlah mengharap semata-mata dari mimpi.
Ia juga boleh datang dari “instinct” diri sendiri…
tapi yang paling utama ialah usaha dahulu sebelum beristikharah
masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada hasil istikharah yang datang dari mimpi.
Persepsi sebegini perlu di perbetulkan apatah lagi yang melibatkan sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan masa depan. Sebetulnya, kita yang membuat keputusan dari petunjuk Allah.
Bukan mengharap ALLAH membuat keputusan untuk diri kita.

beristikharahlah..sesungguhnya Allah Maha Menetapkan dan Allah Maha Mengetahui..

sumber : majalah solusi isu#14 dan http://www.saifulislam.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s