Archive for the ‘islamic women..’ Category

innallah ma'ana..

Berbesar hatilah wahai para penyeru TAUHID
Berbahagialah duhai para perindu SYAHID
Berteguh AZZAM-lah wahai kalian semua di jalan ini…
Jalan kebenaran yang indah lagi menawan hati…
Jalan Allah yang diberkati…

Wahai para du`at muwahidin sekalian…
Wahai para mujahidin pembela kebenaran…
Wahai para mustadh’afin yang Allah sayangi…
Wahai para yatim yang ditinggalkan…
Wahai para isteri yang akhirnya ditinggal sendirian…
Wahai kalian semuanya yang Allah redhai dan cintai…

Sesungguhnya..
Onak dan duri adalah hiasan yang harus dilewati
Fitnah dan caci adalah makanan yang selalu tersaji
Siksa, peluru dan kematian adalah harga yang harus dibeli
Tetapi…
Ingatlah janji Allah itu pasti ..

Kalian adalah hamba-hamba pilihan, diantara hamba-hamba sekalian
Permata, mutiara dan kasturi…yang berkilauan mewangi
Penghias syurga diantara burung-burung hijau yang bertebaran
Titisan darahmu adalah pengharum syurga yang abadi
Baju kesatriamu perisai dari ganasnya api neraka jahanam

Keikhlasanmu dalam beramal..
Kepayahanmu dalam beri`dad…
Keletihanmu dalam beribath…
Keberanianmu dalam berjihad…
Keteguhanmu dalam berda`wah…
Sabar, Qona`ah, Zuhud dan Syukurmu dalam hidup…
Adalah timbangan amal yang tetap dihadapan Allah Rabbul Izzah…

Ya, Allah ya Rabb…ya Malikul Kudus…
Jadikanlah ini nyata adanya…
Bagi mereka di bumi jihad…dan bagi mereka yang menunggu-nunggu

Wahai anak Timur dan Barat
Wahai anak Utara dan Selatan
Wahai anak segala penjuru bumi..
Bangun, bangkitlah hari ini tiada lagi tidur nyenyak
Tiada lagi berlena-lena dan bermalas-malas

Gulunglah nafsu tidurmu dan lipat selimut kemalasanmu…
Olah ketangkasan jasadmu dengan i`dad
Asah ketajaman mata hati dan fikirmu dengan zikrullah
Perkaya ilmumu dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah
Buka matamu sekalian lihatlah tanah-tanah ISLAM kini
Dihancurkan, dinodai, diratakan…thoghut kezaliman..
Nun jauh disana di bumi Checnya, Afganistan, Irak, Palestina, Kasmir, Moro, Patani, Rohingya, Xinjiang, Somalia, dan juga di sini Malaysia

Bangun bangkitlah kalian wahai syababum Muhammad….
Bangun bangkitlah kalian wahai syababut Tauhid….
Bangun bangkitlah kalian semua….
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…!!!

Yaa ayyuhal mujahidun, Asy-syiddatasy syiddah..!!

JANGAN BIARKAN AGAMA INI DICEMARI SELAGI JANTUNG MASIH BERDENYUT..!

from : http://mutiarabernilai.wordpress.com

salam..
ha..ni sol paste dr salah satu yahoo group sol..
sgt menarik, so tu yg nak sgt dikongsi..

perumpamaan..

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, mll Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

p/s:
– mmg agak tajam kata2nya..bagi yang terkena, maafla, tapi banyak betulnye..kebenaran kita takleh nafikan dan perlu ditegakkan..
– skrg,cube fikirkan dan renung2kan,ada tak salah dalam cara kita berpakaian..adakah sudah cukup menutup aurat?Free Emoticons For Your Blog
– so,bersama2lah kita perbaiki menutup aurat kita..semoga kita benar2 mjd muslimah sejati..ameen ya rabbal alamin..Free Emoticons For Your Blog