jadilah kamu di dunia seakan-akan kamu sebagai orang asing atau penyeberang jalan” (diriwayatkan Bukhari dri Ibnu Umar)

ghuraba’ : wayfarers : travelers

nahnu ghuraba’..
the wayfarer..
the traveler..

kita perlu hati-hati dalam mengharungi jalan hidup..
hidup kita ini hanya sementara..
hanyalah sebuah persinggahan sebelum ke alam yang lebih kekal..

jika berada di petang hari, janganlah kamu menunggu pagi hari. jika berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang hari. ambillah kesempatan sihatmu utk menghadapi sakitmu. ambillah kesempatan hidupmu utk menghadapi kematianmu” (H.R Bukhari)

hidup kita singkat

ingatlah..hidup kita ini sangat singkat.
pejam celik je masa berlalu begitu saja..
apa yang kita dh buat hari ini?
bermanfaatkah ia? utk diri, agama dan segalanya keranaNya?

tempat tinggal kita yang hakiki dan abadi adalah akhirat

hidup ini bukanlah selamanya..
akhirat jualah tempat kit kembali nanti..
tidak mengapa kita bersusah payah di dunia ini, supaya kita capai kebahagiaan di akhirat ^^

dan tidaklah kehidupan di dunia ini meainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau sekiranya mereka ketahui” (surah al-ankabut : 64)

so, sentiasalah bersikaplah seperti seorang pengembara..
selalu bersedia menghadapi dugaan yang mendatang..
selalu lengkap dengan bekalan..
selalu menghargai waktu dan posisi..
dan selalu bersiap untuk berangkat bila-bila masa sahaja..

Lihat langit itu …. subhanallah!!

Posted: October 2, 2011 in Uncategorized

merenung ke langit..
subhanallah..cantiknya langit biru..
berhiaskan awan putih..
bertemankan burung2 yang berterbangan..
ya Allah, sungguh indah ciptaanMu..

tiba2, awan gelap datang menerpa..
menutupi langit biru itu,
ku sedih..hilangnya ceria tadi..
namun, turun hujan yang menyejukkan bumi..
mendamaikan hati..
subhanallah!

terlintas di fikiran,
ayat al-Quran yang sering diulang2 dalam surah ar-Rahman..
“fa bi aiyyi ala i rabbikuma tukazziban”
maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ya..Allah telah menciptakan bnyk ciptaan
supaya kita berfikir..kekuasaanNya..
betapa kerdil dan lemahnya kita di dunia ini..

everything is written in al-Quran..
our beloved Holy Quran..
even about the sky, clouds, rain..

“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (surah al-jaathiyah : 3)

LANGIT ITU

lihatlah ke langit..
renungilah..
begitu cantik langit itu di atas sana..
memberi warna berbeza pagi-petang-malam..
bagaimana Allah telah ciptakan langit itu tidak bertiang?
hey you architect n engineer out there..do u know why?
it’s bcoz the only power from the the Most Powerful Allah..

“Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat” (surah luqman : 10)

AWAN ITU

di langit itu..
terhias awan2 putih, kadang2 kelabu..
berkepul2..umpama kapas2 yang dicarik..
sungguh cantik di atas sana..

bila difikirkan..
awan itu adalah air yang terapung..
ya, seperti lagu kanak2 dlu tu..
“awan nanti kata : saya kandung air, sampai tempat sejuk, saya pun cair”
(refer to lagu ‘tanya sama pokok’)

“Allah jua lah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira” (surah ar-rum : 48)

sungguh..
bila difikirkan lagi..
awan dijadikan dari sejatan air di bumi (kondensasi)..
namun, sumber air yang paling banyak di bumi adalah laut kan?
tapi, kenapa air hujan tidak masin?
ada jawapan saintifiknya, namun itulah kekuasaanNya..

“Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.” (surah al-waqi’ah : 68-70)

dan apabila hujan,
bumi menjadi dingin..segar..
menyuburkan tanah yang kontang..
tumbuh-tumbuhan disiram..
kita mendapat bekalan minuman..

“Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.” (surah az-zumar : 21)

see??
banyak yang kita boleh dapat jika kita benar2 berfikir…
ya..bertafakur dengan alam..
berfikir membuahkan rasa bersyukur..
mengukuhkan rasa kehambaan di hati..
menambahkan keimanan di sanubari..
semoga kita menjadi orang yang benar2 bersyukur..
and last but not least,
apa tanda kita bersyukur?
mengikuti perintahNya dan menjauhi laranganNya..

segalanya bermula dengan hanya merenung langit di tingkap..subhanallah!

Istikharah – seeking guidance in decision making

Posted: September 30, 2011 in Uncategorized

pernah berada dalam dilema??
susah untuk membuat pilihan?
lakukanlah istikharah..

ya, selalu sgt bila disebut istikharah, pasti dikaitkan dengan jodoh..
itu hanya salah satu darinya..
tapi, dlm pilihan lain juga boleh dilakukan..
jom kita selami sedikit erti dan kenapa digalakkan istikharah..

ISTIKHARAH

istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan hanya berdoa atau sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti oleh doa.

contohnya anda nak pilih universiti mana untuk belajar, hospital mana untuk bekerja, nak beli kereta toyota atau honda apabila bekerja, dan lain2.

serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang).

tapi, tiada istikharah dalam melanggar atau menolak perintah Allah, seperti : nak pergi dating atau belajar, nak pakai tudung atau tidak, dan lain2..

GALAKAN ISTIKHARAH

ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunah bukan wajib.

Daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

PETUNJUK ISTIKHARAH MELALUI MIMPI??

petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi,
malah boleh dalam bentuk ketenangan hati.
even setelah beritikharah dan berbincang,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya juga suatu petunjuk.

Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.

Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

Istikharah bukanlah mengharap semata-mata dari mimpi.
Ia juga boleh datang dari “instinct” diri sendiri…
tapi yang paling utama ialah usaha dahulu sebelum beristikharah
masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada hasil istikharah yang datang dari mimpi.
Persepsi sebegini perlu di perbetulkan apatah lagi yang melibatkan sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan masa depan. Sebetulnya, kita yang membuat keputusan dari petunjuk Allah.
Bukan mengharap ALLAH membuat keputusan untuk diri kita.

beristikharahlah..sesungguhnya Allah Maha Menetapkan dan Allah Maha Mengetahui..

sumber : majalah solusi isu#14 dan http://www.saifulislam.com

Faith is more essential than fashion

Posted: September 29, 2011 in Uncategorized

“FAITH IS MORE ESSENTIAL THAN FASHION”

words di atas ni btul2 buatku tersentak dalam ralitku sedang mendengar list nasyid di mp4ku ini..
simple one but sgt deep meaning..
dis is nasyid from Dawud Wharnsby Ali – The Veil.

ye..people especially muslimah nowadays sibuk je dgn fashion..
sekarang tudung @ hijab @ veil tu just jd fashion semata2..
nilai keimanan dan erti ‘kenapa saya harus memakai tudung’ tu hilang..
apatah lagi klo ditanya “awak yakin ke hijab yg awak pakai tu dah mengikuti syariah?”
–> so, lift the veil from your heart to see the heart of purity.

FASHION BONGGOL??

by the way, sekarang ni dh blh dikatakan musim fashion muslimah pakai “fesyel bonggol”.
sanggul cam bonggol unta tu..
hmm..bg yg tak tau, sanggul tu tak boleh dipakai..
dan bagi yg dah tau, mehla kita ingatkn smula.. (reminder, in case u forgot rite?)

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan).
Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.
So, yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai.
Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga.
Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyatakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)
huu..maknanya bau syurga pun tak layak?

hmm.. marilah bersama kita renung2kan diri wahai muslimah..

DAWUD WHARNSBY ALI – THE VEIL

They say, “Oh, poor girl, you’re so beautiful you know
It’s a shame that you cover up your beauty so.”
She just smiles and graciously responds reassuringly,
“This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn’t you agree?

This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.

They tell her, “Girl, don’t you know this is the West and you are free?
You don’t need to be opressed, ashamed of your femininity.”
She just shakes her head and she speaks so assuredly,

“See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles, with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy.”

This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.

* klik ke link ini untuk mendengar dis really beauty nasyeed –> HERE

ikhlas : sincere

Posted: September 24, 2011 in Uncategorized

tergerak tangan ini utk menulis lagi..
hati meronta2 nk berkongsi,hihi…

Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang ukur.
Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadah sebab tak nak riak dgn manusia, kerana tu la tanda kita riak dgn Allah sebenarnya.

dis is my wall post on my fb..
terasa nk tempek la kt sni wiz some stories (from bnyk sumber)..

scenario 1..
si A : awak, dh azan ni..jomla solat.klo cepat2 gerak ni,blh kite ke surau blkg nu wat jemaah..
si B : emm..takpela..awk pegi jela.lgpun, sy x selesa la nk solat kt tmpt ramai org cmtu, plus sy x bw telekung..
si A : la..jomla..dhtu awk nk solat ble? kite abis shift hr ni 3 jam lg, nnt dh nk abis waktu lak..
si B : awk, sy nk solat kt umah je, blh solat sunat skali..klo kt surau tu rs riak je nk solat sunat dan doa pjg2..
smpt jela nnt smp umah tu.dun worry..
si B : hmm,xpela cmtu..sy pegi dlu k?klo ubah fikiran, jomla..
3 jam berlalu..tbe2..
si C : u all..gather kt hall..kita ada case presentation jap lagi..
si A memandang si B. *dalam hati : ‘sempat ke dia nk solat?hmmm…”
si B dengan sikap x endah berlalu dan bergegas ke hall..
haiyaaaa…mana smpt mau solat nnt..

ya..ikhlas tu bukan kita yg ukur..dan riak tu adalah perasaan diri..
if kita betul2 niatkn segala yg kita lakukan tu kerana Allah, 100% lillahi ta’ala, dun worry about the other’s speculations, yg penting Allah pandang kedalaman tahap ikhlas kita tu..
(kdg2 kita je yg lebih2 pikir org akn mengata ttg kita sdgkn org lain x terfikir pun,huuu~~)

to my dear Jilbabers @ Hijabers…

Posted: July 12, 2011 in Uncategorized

“don’t u want to be like her?? she’s so FASHIONISTA!!!”
hmm..
mengikut trend..sangat2 menyebabkan diri hanyut dengan arus fashion??

kebelakangan ni bnyk fashion2 baru yg ditampilkan..
esp JILBAB @ HIJAB..

tak kisahla u all nak pakai hijab macam mana pun..
yups…tak salah nk being stylish..
yang penting MENUTUP AURAT..

okay, ble dh masuk tajuk Menutup Aurat, ramai yg sepertinya keliru..
apa batas auratku??
hmm.pelik bin ajaib jugak klo diorg kata diorg tatau..
kat sekolah rendah pun dh ada ajar..
Aurat PEREMPUAN : semua kecuali muka dan telapak tangan..
rasanya smua dah tau kan? tapi adakah anda sudah amalkan??

sedih saya lihat..
mereka berjilbab, tapi singkat..
mereka berjilbab, tapi pakai baju lengan pendek..
mereka berjilbab tapi dada terserlah (tudung mini je, takpun sengaja dibelit tudung smp dada nmpk)..
mereka berjilbab, tapi pakai bj ketat..
and so on..

and one thing more..
kita bukan sekadar menutup aurat,tapi perlu memakai pakaian yang tidak menarik perhatian esp yg bukan mahram..
ni tak..pakai tudung, tapi..
berpakaian sume nak bling2..
warna baju klo blh 5 meter jauhnye dh blh cam..
pakai aksesoris lengkap..cincin, gelang *ting2,rantai..
hmm..

so, is dat memenuhi kehendak syariat dalam berpakaian??
are u a real muslimah?
are really wanna be a good muslimah??
think back my dear jilbabers @ hijabers..
show da world u r da good muslimah role model..^^

Wahn –> penyakit yang sangat berbahaya!!

Posted: July 12, 2011 in Uncategorized

Penyakit Wahn
setelah lama menyepi, diri melakukan quick muhasabah..
n wat i got from dat –> trying to avoid Wahn disease..its too dangerous!!
why?? sbb i feel i huv too much hiburan duniawi..
doing reflection : wut did i do dis week towards remembering Allah?

Wahn disease?? u’ll never found dis one in medic terms or books, but got it in hadeeth..
so, apa itu penyakit Wahn ini?? penyakit Wahn itu adalah ‘Cinta dunia dan takut mati’..

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

Cinta Dunia Takut Mati
just tak berapa lama sblm saya menulis ni, saya mendapat khabar dari kakanda saya yg ada junior ex-highschool saya meninggal..
innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
she is my junior..so, dat means she is younger than me!
ya Allah..sungguh kebelakangan ini sering saya mndpt khbr org2 muda meninggal..
diri ini menggeletar mendengarkan..
namun, tersentak di benakku..”adakah daku sudah bersedia menghadapi maut bila-bila sahaja dan dimana sahaja??”
mulut terkumat kamit utk mengungkapkan..
hati gerun memikirkan..
tapi, itulah realiti yang perlu kita hadapi..dan itu yang perlu kita siapkan..

Hubbun Dunya
ya…berbicara mengenai cintakan dunia..
Mereka mencintai dunia ini hingga malas beramal yang mendekatkan diri mereka kepada Allah.
Mereka mencintai dunia ini hingga melupakan Allah, tidak merindukan-Nya, tidak pula mengharapkan pertemuan dengan-Nya.
Kasihan, walau mereka sangat mencintai dunia ini, tetapi tetap saja, mereka pasti menemui kematian.

janganlah kamu meletakkan dunia itu seolah-olah tiada penghujungnya dan tidak wujud kematian..
dunia ini hanya sementara..hanyalah persinggahan menuju akhirat..
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma berkata : Rasulullah S.a.w memegang pundak kedua bahu saya seraya bersabda : Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara “, Ibnu Umar berkata : Jika kamu berada di petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu “ (Riwayat Bukhari)

did u realize dis :
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” ( QS.Al-Haadid 57 : 20 )

kata2 dari Abu bakar r.a : “rindukanlah kematian niscaya kamu akan dikurniai kehidupan”.

hakikat kematian
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” ( QS.Al-Imran 3 : 185 )

so, jom kita muhasabah lagi..
sampai tahap manakah kita mencintai dunia??
adakah sampai menyebabkan anda takut mati??
adakah kita sudah bersedia menghadapi mati?
ya Allah..daku memohon padaMu..berikanlah padaku kekuatan utk menghadapi virus Wahn ini..

p/s: semoga segala amalan junior saya itu diterimaNya..aminn…