dunia : penjara atau syurga???

Posted: March 29, 2011 in Uncategorized

“dunia ini bagaikan penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir” (hadis riwayat Muslim)

sekali baca, mungkin kita boleh tersalah faham..
so, mukmin tu menderita la di dunia??
hmm, sbb tu la kita kne cermat dan cerdas dalam memahami hadis ni..
ada seorang yang memiliki satu cara pandang lain yang boleh kita gunakan untuk membangun percaya diri..
kisahnya begini..

orang itu adalah Imam Ibnu Hajar al-Asqalani..
seorang pengarang kitab yg amat terkenal : Fathul Bahri, Syarah Shahih al-Bukhari..
suatu masa, ketika beliau menjadi qadhi (macam hakim negara), dengan menunggang keldai yang sangat bagus (klo zaman sekarang setara dengan mercedes kut??huu~~) dan memakai pakaian yang bagus tambah dengan penampilan yang meyakinkan.
beliau berjalan melewati sebuah pasar.
tiba-tiba seorang pedagang minyak yahudi datang menghalang perjalanannya.
dia memegang tali keldai yang ditunggangi Ibnu Hajar lalu berkata, ” ya Syaikhul Islam, anda menyatakan bahawa Nabi anda mengatakan ‘dunia itu penjara orang beriman dan syurganya orang kafir.’ dengan penampilan anda seperti ini anda di penjara seperti apa?? dan dengan keadaan saya seperti ini, saya berada di syurga seperti apa??
Ibnu Hajar menjawab, “dengan keadaan seperti ini,saya dibanding dengan kenikmatan yang Allah janjikan di akhirat, seolah seperti dalam penjara. dan anda, dengan keadaan seperti ini, dibandingkan dengan seksaan dan hukuman yang Allah janjikan di akhirat, seolah anda sekarang berada di dalam syurga”.
mendengar jawapan tersebut, si yahudi langsung menyatakan Islam..

see??
janganlah kita berfikiran sempit
imam Ibnu Hajar mengajar kita cara pandang lain. cerdas. unik. menarik.

di sini kita dapat mengambil pengajaran :
> ternyata, kita dengan segala keadaan kita sekarang ini masih di dalam penjara. so, jangan biarkan diri anda terpenjara dengan keindahan penjara dunia ini..masih jauh berlipat ganda keindahan syurga yang Allah janjikan buat kita..
ingatlah, keindahan penjara dunia sekarang hanyalah setetes air dibanding seluas lautan keindahan syurga..
“tiadalah perbandingan dunia ini dengan akhirat, kecuali seperti seseorang yang memasukkan jarinya ke dalam lautan luas,maka perhatikanlah yang tersisa” (hadis riwayat Muslim)
> kita hanyalah pengembara di penjara dunia ini. jadilah kita di dunia ini seperti orang asing atau orang yang sedang dalam perjalanan..
dar Ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: “Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau”. (hadis riwayat Bukhari)

so, jadilah anda pengembara yang pandai memilih dan mengatur jalan hidup anda supaya anda tidak hanyut atau dibawa arus keindahan penjara kehidupan..
tidak kira anda mengembara dengan cara berjalan, berjoging, berlari, atau driving, yang penting berhati-hati di jalan kehidupan!! heee~~~ (^___^)/

p/s : saya belum pandai drive..huuuuu~~~ (/__\)

Leave a comment